Sunday, April 1, 2012

SEJARAH BIDANG KEMAHIRAN DI MALAYSIA

Di Malaysia terdapat dua aliran pengajian, iaitu pengajian dalam bidang kemahiran dan pengajian dalam bidang akademik. Bidang kemahiran di Malaysia telah bermula di penghujung tahun 70an. Namun begitu setelah kelahiran ramai pakar dari bidang akademik, bidang kemahiran semakin dilupakan. Bermula pada tahun 90an kerajaan telah memutuskan bahawa bidang pengajian dalam kemahiran ini adalah salah satu sumber peneraju kepada industri separa mahir dan mahir di Malaysia. Sehingga tahun 2010 kerajaan telah mengistiharkan status individu yang belajar di dalam bidang kemahiran mampu bersaing dan mendapat tempat yang sama dengan individu yang belajar di dalam bidang akademik. Justera itu, pihak kerajaan amat mengalu-alukan individu yang mempunyai kelayakkan di dalam bidang kemahiran ini tampil kehadapan dalam membantu pelbagai industri di Malaysia untuk membangun dengan pesat dan cemerlang. Pihak kerajaan juga telah mewujudkan pelbagai ruang dan medium bagi individu yang berkemahiran dalam memperkembangkan bakat dan kemahuan diri untuk berjaya sebagai usahawan. Antara badan atau institut yang sering membantu kerajaan dalam mewujudkan usahawan dari bidang kemahiran adalah seperti, TEKUN, SME Bank, PUNB Malaysia, Agro Bank dan pelbagai lagi agensi yang berkaitan. Bagi individu yang masih belum mengerti dimana hala tuju kemahiran ini, ayuh sama-sama kita susuri dan fahami bahawa bidang pengajian kemahiran ini mampu mengubah kehidupan kita, masyarakat dan dunia. Kitalah antara pendokong kemajuan negara kita sendiri, Malaysia. Berjaya Bersama Kemahiran.

No comments:

Post a Comment